Tuesday, March 16, 2010

kadang selalu tidak pasti, kadang yang telah diputuskan, apakah yang terbaik untuk kita? hidup bila mencari selalu sukar, tetapi bila mengendahkan, terasa kosong. jadi harus bagaimana?
perasaan, satu konteks yang tiada betul, tiada salah. apa yang di rasa, tiada siapa boleh sangkal. masing-masing punya firasat sendiri, masing-masing fikir... tiada salahnya berkongsi, mana tahu ada yang terbuka mindanya. kamu , bila ada cinta bertandang.. usahalah.. mana tahu dia untukmu.. kerana tanpa usaha... mungkin jadi sia-sia... jangan sampai bila dia berpunya, baru rasa kehilangan.. tika itu mungkin segalanya terlambat... jangan bilang padaku, aku memaksa... kerana tidak sama sekali... aku cuma bercerita.. tentang hati.. tentang aku.. tentang kau.. tentang dia.... tentang cinta.. tentang hidup .. kamu , semua tentang kamu indah , tiada yang kurang dari pandangan mata, memang bisa terliur mana-mana pria.... :) kan?
aku tahu ada satu cinta, dia bukan untukmu.... dia bukan untuk siapa-siapa.. tetapi, bagaimana harus kau kata tidak padanya... kerana dia agak sukar untuk kau tidakkan .... ini hidup , sekarang kamu laluinya.... jadikan ia indah, walau kamu tidak mahu.... isi harimu dengan ceria.... dunia tidak kejam... pasti ada kebaikan .. dalam semua yang tidak baik... kan?
makanya disini, terpulang padamu, jalan yang bagaimana ingin kau pilih, yang penuh duri-duri yang menyesakkan dada setiap kali kau tersungkur, atau jalan yang bisa buat kau bernafas walau dalam air ... kau pilih ...

No comments:

Post a Comment